Buah pinggang.

*CnP tapi sebagai panduan harian: Buah Pinggang*

Assalamualaikum saya nak kongsi sedikit maklumat tentang kidney fighter semua…
*Take care of our own kidney.*

– Dari Dr Hj Noorul Amin Hj Abd Rahman.

Penyakit kerosakan buah pinggang atau kidney failure (punca arwah pak mertua saya meninggal semalam) sudah menjadi tidak asing lagi utk rakyat Malaysia. Dulu kita selalu dengar kencing manis, darah tinggi, kolesterol, lelah dan lain2 lagi. Tetapi sekarang ni penyakit kidney failure boleh dimasukkan dlm senarai ini.

Malaysia merupakan negara TERTINGGI DI DUNIA yg mempunyai pesakit buah pinggang akibat kencing manis (Diabetic Nephropathy). Akibatnya berlumba2lah syarikat2 pengeluar mesin dialisis dan segala barangan disposable dialysis yg berkaitan utk datang ‘melabur’ di Malaysia sbb pulangannya amat lumayan.

Rakyat Malaysia dianggap sebagai ‘lubuk’ utk pelaburan yg sangat menguntungkan ini.

Persoalan di sini…

Kenapa org Malaysia, buah pinggangnya sangat terdedah @ ‘vulnerable’ utk dapat sakit buah pinggang?

Saya telah berkecimpung dalam bidang dialisis ini sudah hampir 8 tahun. Selama 8 tahun saya mencari jawapan utk persoalan ini. Dan akhirnya saya rasa saya dah dpt jawapan utk soalan ini.

*Jawapannya… PEMAKANAN RAKYAT MALAYSIA.*

Ya… pemakanan kita terlalu bebankan kidney kita dengan makanan yg terlalu banyak sumber *’ANIMAL PROTEIN’.*

Setiap hari kita makan 3 kali sehari… dan setiap menu makan kita MESTI ada *AYAM, DAGING, TELUR DAN IKAN.*

Akibat daripada tiga hidangan *’Animal Protein’* setiap hari menyebabkan kidney kita akhirnya *’malas’* nak kerja kerana bertahun2 dibebankan dengan kerja kuat dan akhirnya telinga ini terpaksa dengar dari doktor satu ayat yg sangat ditakuti oleh kita semua iaitu… *”buah pinggang Encik dah rosak dan kena buat rawatan cuci buah pinggang 3 kali seminggu selama 4 jam setiap kali SEPANJANG HAYAT”.*

Hancur remuk hati ini apabila dengar pernyataan mcm ini dari doktor dan tersenyum lebarlah syarikat2 pembuat mesin dan segala peralatan dialisis.

Pesakit kencing manis perlu buat 2 perkara utk elak jadi ‘bahan pulangan utk pelaburan syarikat asing ini’ iaitu:

*1. Kawal kadar gula dalam darah mereka.*
*2. Kawal pengambilan protein haiwan.*

Cakap memang senang. Tapi bagaimana caranya?

Secara ringkasnya iaitu kawal paras gula dengan:

1. Sarapan dengan bubur talbinah (sejenis bubur barli).

2. Tukar beras putih kepada beras perang.

3. Tukar gula putih kepada ‘coconut sugar’. ‘Coconut sugar’ DIJAMIN TIDAK AKAN TINGKAT PARAS GULA (Gula Melaka, Gula Anau).

Kurangkan beban kidney dengan:

1. *KURANGKAN MAKAN AYAM, DAGING DAN IKAN* (kalau boleh). Tukar sumber protein anda kepada protein sayuran. Anda dijamin tidak akan kekurangan protein dlm badan.

2. Jangan sesekali minum air sejuk pagi2 dengan perut kosong kerana ini terbukti boleh merosakkan kidney.

3. Bekam atau cupping therapy atau Hijama dlm bahasa Arab (yg majoriti org anggap sebg kolot) di titik2 tertentu di badan boleh kurang paras *CREATININE.*

*Faktor2 yang merosakkan Buah Pinggang:*

1. Kerap tahan kencing.

2. Kurang minum air.

3. Suka makan makanan masin.

4. Suka minum minuman bergas.

5. Kerap kena jangkitan ‘kencing kotor’ (urinary track infection) dan tidak dirawat dengan sempurna.

6. Kerap makan daging dan seafood (tinggi uric acid)

7. Kerap makan pil tahan sakit.

8. Obesiti.

9. Alkohol.

10. Penyakit darah tinggi dan kencing manis yang tidak terkawal.

*KEBAIKAN MENGAMALKAN SUNNAH RASULULLAH SAW*.

Buah pinggang kita amanah Allah. Jgn jadikan ia sebahagian dari statistik pesakit buah pinggang kronik.

Mengapa Rasulullah saw menganjurkn umatnya utk tidak minum sambil berdiri? Dlm perubatan tubuh manusia terdapat penapis yg dipanggil sebg penyaring Sfringer. Saringan tersebut dpt terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum blm tentu 100% disteril utk diolah tubuh. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh penapis krn tertutup. Air yg tak tersaring terus masuk ke pundi kencing, yg dpt menyebabkan penyakit buah pinggang.

Subhanallah, setiap perintah & larangan Rasulullah saw pasti bermanfaat bg umatnya.

Dr Hj Noorul Amin Hj Abd Rahman
Pengarah Urusan
Primum Medicare Centre
Pusat Dialysis Ibnu Sina

Sila SHARE post ini sekiranya ia bermanfaat. Mungkin anda tidak mengidap kencing manis atau sakit kidney, tapi dgn share mesej ini mungkin ia akan sampai kpd teman anda yg ibubapa @ saudara tersayang mereka adalah pengidap penyakit tersebut. Sama2 kita selamatkan ratusan ribu rakyat Malaysia dari menjadi ‘bahan pulangan pelaburan sykt asing’.

Sebarkan tips sihat ini sebagai nasihat yg bermanfaat.

Harap diamalkan, bukan dibaca dan diforward saja.

Tapi apa2pun, tiada sesiapa yg boleh bantu diri kita, kecuali kita sendiri.

Pilihan untuk menjaga kesihatan diri sendiri terletak di tangan anda sendiri.

*THE CHOICE IS YOURS*

Wallahu’alam

Advertisement

Let’s observe.

Let’s observe, Who is more and should be given the chance to rule our country. Mahathir or Najib..

Beza Antara Zaman Mahathir Dan Zaman Najib
Oleh Ahmad Albab- 0605201871
PEMBANGKANG asyik dok tibai, konon rakyat hidup lebih mewah zaman Mahathir Mohamad daripada zaman Najib Tun Razak.
Zaman Najib didakwa semua barang naik sebab konon ada GST. Tu kata2x mereka, jom tengok fakta-fakta berikut dan kita tengok balik siapa yang kena!

1. PINJAMAN PTPTN
Pada zaman Mahathir: interest 4%, zaman Najib melalui skim Ujrah interest dikurangkan sehingga 1%. Bagi peminjam yang konsistan bayar setiap bulan dapat potongan 10%, kalau langsai PTPTN sekali gus dapat diskaun 20%. Ini memberi peluang kepada peminjam menyelesaikan hutang lebih awal.

2. TOL
Zaman Mahathir, tol naik 5% setiap 3 tahun! Berbeza dengan Najib, yang menumpukan pembinaan highway Pan Borneo, highway KL-Kelantan melalui Merapoh, highway bertingkat Rawang yang kesemuanya bebas tol. Semampu yang boleh, Najib juga memastikan tiada peningkatan tol yang terlalu kerap. DAP janji nak hapuskan Tol Sungai Nyior, apa cer bro? Sampai petang tadi masih dok kutip.

3. PENGANGKUTAN AWAM
Kita tengok sistem pengangkutan awam pula, zaman Mahathir, tambang ERL untuk ke KLIA mesti naik 10% setiap 5 tahun manakala beban rakyat lebih diringankan oleh Najib apabila kerajaan beri subsidi untuk tambang MRT.

4. ISA
Mahathir mempertahankan dan kerap menggunakan sepenuhnya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan kira-kira 1,200 orang terutama musuh politik pernah ditahan bawah ISA. Zaman Najib, ISA dihapuskan sama sekali!

5. HUTANG NEGARA
Tengok pada fakta, hutang negara zaman Mahathir melonjak sehingga 103% dan kemudian menjunam 54% ketika zaman Najib! Hakikatnya kadar KDNK dan pendapatan per kapita rakyat terus meningkat saban tahun.

6. LEBUHRAYA PANTAI TIMUR
Mahathir menghentikan pembinaan LPT apabila parti pembangkang perintah Terengganu dan Kelantan manakala Najib meneruskan projek LPT ke Terengganu dan Kelantan. Juga membina highway Kota Bharu-Kuala Krai walau diperintah pembangkang. Tidak pernah memilih milih dalam membantu rakyat.

7. CUKAI BARANGAN
Walaupun pembangkang mencanang GST 6% sebagai masalah sebenar penyebab kesusahan rakyat tapi mereka lupa zaman Mahathir SST 5%, 10% dan 20%! Malah kenaikan barangan juga banyak dimanipulasi peniaga kalangan penyokong DAP untuk memburukan imej kerajaan konon punca harga naik.

8. YURAN SEKOLAH
Zaman Mahathir ada yuran persekolahan tapi caj bayaran tahunan itu dihapuskan pada zaman Najib.

9. BANTUAN SEKOLAH
Zaman Mahathir tiada langsung bantuan, tapi rakyat menikmati RM100 setiap murid yang belajar di sekolah dengan bantuan tersebut di zaman Najib.

10. BUKU TEKS SEKOLAH
Ingat tak zaman Mahathir 1990-an hingga awal 2000, pinjaman buku teks bergantung kepada pendapatan ibubapa. Ada pelajar perlu beli buku teks. Berbeza di zaman Najib, semua pelajar dapat buku teks secara PERCUMA!

11. BR1M
MAHATHIR, langsung tak ada, zaman Najib, sehingga RM2,000 akan diagihkan pada rakyat. TERIMA KASIH.

12. BAUCAR BUKU UNTUK MAHASISWA
Pelajar di institusi pengajian tinggi langsung tidak diberikan bantuan pembelian buku rujukan di universiti tapi zaman Najib, baucar buku diberikan sehingga RM250 seorang.

13. KLINIK BERGERAK 1MALAYSIA
Dari sudut kesihatan rakyat pula zaman Mahathir tiada langsung klinik bergerak seperti bas dan bot seperti yang dinikmati sekarang. Tambahan pula rakyat hanya dikenakan RM1 ketika menjalani rawatan kesihatan di Klinik 1Malaysia.

14. GAJI MINIMUM
Era pemeritahan Najib, rakyat dibela dengan penetapan gaji minimum RM1,000 dan kenaikan pencen 2% setiap tahun kepada pesara kerajaan di mana rakyat tidak menikmatinya di zaman Mahathir.

15. BAKI SIMPANAN PETRONAS
Biarpun dikatakan era gemilang Petronas zaman Mahathir, namun hanya RM30 bilion baki simpanan dinyatakan dan meningkat tinggi di zaman Najib dengan jumlah RM128 bilion!

16. RUMAH PENJAWAT AWAM
Penjawat awam menikmati pemilikan rumah di bawah pelan kerajaan Rumah penjawat awam 1 Malaysia (PPA1M) di zaman Najib, di mana zaman Mahathir tiada langsung!

17. RUMAH UNTUK RAKYAT
Era pemerintah Mahathir diagungkan dengan projek PPRT yang sebenarnya tidak selesa manakala era Najib rakyat mendapat lebih lagi iaitu PPRT, SPNB (gaji bawah RM3,000 dan ada tanah, kerajaan subsidi RM25 ribu), SPNB Plus (gaji RM3,000 keatas dan ada tanah), PR1MA (gaji bawah RM10,000).

18. TAJA RAKYAT TUNAI HAJI
Bonus dan peluang menunaikan haji bagi individu yang tidak berkemampuan diberikan kepada 1,000 jemaah setiap tahun, berbeza sungguh dengan zaman Mahathir, tiada langsung!

19. BANTUAN MUSIM TENGKUJUH
Mahathir: Tiada. Najib: Ada, RM600 untuk 3 bulan kepada 440 ribu penoreh getah.

20. SKIM ELAUN SARA HIDUP NELAYAN
Nasib para nelayan yang menghadapai masalah ketika musim terkujuh turut dibela dengan pemberian sumbangan RM300 sebulan, zaman Mahathir? Tiada.

DAN nak tanya, pembangkang macam DAP dan PKR…. kalau zaman Mahathir dulu best sangat… kenape masa tu pun kau orang kutuk dia, benci dia… lawan dia? 2018 Semeja Pulak dalm benci mengata…Akhirnya Kena Tipu Oleh Nya..

Nilai sendiri kebaikan Serta Bantuan Yg Kamu Perolehi….Jgn Kerna Kata2x Dusta kamu Menidak kn Segalanya….

NAPE tak sokong dia? – Mynewshub.cc

Credited to: Ahmad Albab.